Tuesday, March 11, 2014

KUTIPAN AMAL UNTUK PERALATAN KELAB INDOOR GAMES

Kelab Catur dan Indoor Games SMA al-Hasanah telah melancarkan kutipan amal sempena Majlis Muafakat Ibu Bapa dengan sekolah pada hari Sabtu, 8 Mac 2014 yang lalu. Kutipan telah dijalankan oleh ahli kelab dengan melantik beberapa petugas sukarela melaksanakan tugas berkenaan. Amat memberangsangkan kerana sasaran kutipan sebanyak RM400.00 telah tercapai.

 Sebagaimana yang diputuskan di dalam mesyuarat kelab ini pada 5 Mac 2014, guru penasihat kelab telah membeli beberapa peralatan permainan tambahan pada hari Ahad. Majlis simbolik penyerahan peralatan permainan berkenaan daripada pihak sekolah kepada pengerusi kelab telah diadakan sempena perhimpunan rasmi sekolah pada hari Isnin, 10 Mac 2014 yang lalu.

Ahli kelab yang ditemui melahirkan kegembiraan mereka dengan hasil kutipan ini dan berharap ianya dapat menyemarakkan program kelab pada masa akan datang,
Pihak Kelab merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama ibu bapa dan penjaga yang telah memberikan sumbangan ikhlas berkenaan. Semoga sumbangan ikhlas itu diberkati Allah. Amin.


Monday, March 10, 2014

PROJEK BATU SEREMBAN

Kelab Catur dan Indoor Games SMA al-Hasanah menjalankan Projek Batu Seremban pada hari Ahad, 8 Mac 2014, jam 9.45 pagi di Dewan Makan asrama sekolah.
Projek yang disertai oleh hampir 20 orang ahli kelab ini adalah bertujuan bagi menambah koleksi peralatan permainan indoor games mereka. 
Sebanyak 6 set Batu Seremban telah berjaya dihasilkan dengan kerjasama Cikgu Norhaniza sebagai guru pembimbing. GPK HEM al-Hasanah, Ust Wan Jamaludin Wan Bidin serta isteri turut serta memeriahkan projek berkenaan.





 


SELAMAT MAJU JAYA KELAB CATUR DAN INDOOR GAMES SMA AL-HASANAH